Netanyahu mahu bertemu Trump bincang perjanjian nuklear Iran

0
46

BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dijangka akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk membincangkan berkaitan perjanjian nuklear Iran.

Seorang pegawai Israel berkata, Netanyahu akan cuba memujuk Trump untuk menarik balik sokongan negara itu terhadap perjanjian nuklear antara negara kuasa besar dengan Iran, lapor agensi berita China Xinhua memetik Radio Tentera Israel.

“Perkara paling penting dalam pertemuan akan datang ialah menggesa pembatalan perjanjian nuklear,” kata menteri kabinet Israel, Yisrael Katz merangkap Menteri Pengangkutan.

Dalam temu bual dengan Radio Tentera Darat, Katz berkata “pengajaran yang didapati dari Korea Utara melihatkan bagaimana perjanjian dan rundingan dengan negara kuasa besar tidak menghalang negara itu membangunkan senjata nuklear.”

Netanyahu dijangka berucap pada Perhimpunan Agung PBB dan menegaskan bahawa Iran menimbulkan ancaman terhadap kestabilan Timur Tengah.

Beberapa pihak menentang keras perjanjian nuklear yang ditandatangani dua tahun lalu di Vienne antara Iran dengan negara kuasa besar.

Israel bimbang Iran akan meluaskan peranannya di Syria dan Lubnan.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here