Netizen terpukau dengan lelaki berambut 'dreadlocks' jadi imam

0
24

KEIMANAN seseorang tidak boleh sekadar diukur dari penampilan mereka, itulah ungkapan yang paling sesuai untuk lelaki ini.

Walaupun bergaya dengan rambut ‘dreadlocks’, Cupink Topan atau nama asalnya Sofyan Alop memukau pengguna media sosial dengan suara merdunya ketika mengimamkan sekumpulan jemaah.

Berdasarkan sebuah rakaman video yang tular, Cupink dilihat membaca ayat suci Al-Quran dengan merdu sewaktu mengimamkan solat.

Menurut media antarabangsa, video itu dipercayai dirakam di Hotel Bidakara, Jakarta.

Netizen yang terpukau dengan kelunakan suara itu menyatakan beliau dikurniakan dengan suara merdu.

Ada juga yang menyeru untuk tidak menghukum seseorang hanya kerana penampilan yang tidak terurus kerana keimanan seseorang tidak ada kaitan dengan penampilan mereka.

Difahamkan juga, Cupink juga merupakan seorang pelakon yang pernah berlakon dalam filem ‘The Raid:Redemption (2011).

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here