Netizen tersentuh bila Nedim kongsi foto 'video call' terakhir bersama Dre

0
40

SUAMI kepada aktres Nora Danish, Nedim Nazri Aziz berkongsi foto paparan skrin panggilan video terakhir bersama anaknya, Mohamed Nedrin.

Foto tersebut dikongsi Nedim menerusi laman Instagram miliknya, @boss_ned.

Mohamed Nedrin yang mesra dipanggil Dre merupakan anak hasil perkahwinan pertama Nedim.

Sebelum ini, Nedim pernah meluahkan rasa kecewa apabila dia tidak dibenarkan untuk berhubung dengan Dre.

“Kekal tabah anakku… Tiada sesiapapun yang boleh memisahkan kita. Panggilan video terakhir dengan Dre yang dibuat sebulan lalu sebelum semua ruang komunikasi antara kami diputuskan.

“Saya rasa dia tahu yang panggilan video tersebut merupakan kali terakhir dia melihat saya. Kamu darah dagingku, kamu tabah sepertiku,” tulis Nedim.

Perkongsian Nedim mengundang rasa sebak pengikut laman Instagram miliknya.

@jamalfawziah: Kesian Dre dipisahkan dari ayahnya.

@shuhadazakaria: Semoga Allah permudahkan.

@aynashu: Allahuakbar! Sedihnya.. Terus tabah @boss_ned. Semoga Allah permudahkan urusan tuan.

@harlinahashim: Sedihnya tengok muka Dre.

@miesya88: Sebak pula tengok.

@miszbeauty: Saya memangis tengok gambar ini.

@noralia4777: Doa banyak-banyak. Apa sekalipun, ‘bin’ itu tak boleh ditukar pun. Selamanya tetap kamu.

Sebelum ini, Nedim pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Nabilah Khan pada tahun 2011.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan Dre yang kini berusia lima tahun. Nedim dan Nabilah bercerai pada 2013.

Selepas itu, Nedim menjalinkan hubungan cinta selama tiga tahun bersama Nora dan mereka disatukan dalam satu majlis tertutup pada 30 Mac lalu.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram @boss_ned

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here