Netizen teruja The Rock ucap 'apa khabar Malaysia?'

0
28
Advertisement
JIKA anda peminat tegar pelakon popular Dwayne Johnson, pasti anda teruja dengan video yang dimuat naik di platform media sosial, Facebook miliknya.

Pelakon yang lebih terkenal dengan nama ‘The Rock’ dalam video tersebut bertanya khabar kepada peminatnya di negara ini dalam bahasa Melayu!

“Apa khabar Malaysia?” katanya dalam video itu. Beliau turut mengumumkan bahawa filem Rampage yang dibintanginya bakal dipertontonkan di pawagam Malaysia bermula Khamis ini.

Sumber: Facebook/Dwayne The Rock Johnson

Rata-rata netizen luah rasa teruja dengan kefasihan beliau bertutur dalam bahasa Melayu dan tidak sabar untuk tonton filem itu di pawagam.

Sumber: Facebook/Dwayne The Rock Johnson

Dalam pada itu, beliau juga berterima kasih kepada peminatnya di negara ini atas sokongan yang diberikan untuk filemnya yang pernah menduduki carta Box Office di Malaysia seperti Jumanji, Furious 7 dan The Fate of the Furious.

The Rock dalam posting terdahulu mengumumkan bahawa Rampage akan ditayangkan satu minggu awal sebelum tarikh awal seperti yang dijadualkan.

Katanya secara sinis, penukaran tarikh itu tiada kaitan dengan filem adiwira Avengers: Infnity Wars yang juga dijadualkan pada 25 April ini.

Terdahulu, pelakon utama filem Jumanji: Welcome to the Jungle ini berterima kasih kepada peminatnya menerusi beberapa siri video di akaun Instagramnya.

“Malaysia, anda punya tempat istimewa di hati saya, sejak saya memulakan kerjaya dalam arena gusti lagi. Antara kenangan manis yang saya kenang sehingga hari ini adalah bertarung dengan lawan di Kuala Lumpur.

“Saya sangat berterima kasih dan teruskan menikmati Jumanji,” kata The Rock dalam video itu.

BACA: ‘Terima kasih Malaysia!’ – The Rock terharu Jumanji bakal jadi filem terlaris

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here