New York belanja AS$32j perangi tikus

0
21


NEW YORK: Bandaraya New York, semalam mengumumkan peruntukan AS$32 juta (RM137 juta) bagi mengurangkan jumlah tikus sehingga 70 peratus di tiga kawasan kejiranan paling teruk terjejas menjelang akhir 2018.

Tiga kawasan berkenaan itu ialah di Manhattan, Bronx dan Brooklyn.

Tikus dilihat sebagai ancaman kesihatan awam kerana membawa penyakit dan sebagai masalah kepada kualiti hidup.

Sejak awal tahun ini, Jabatan Kesihatan Bandaraya New York menerima lebih 10,000 aduan orang ramai yang ternampak haiwan itu, dan lebih 15 peratus daripada lebih 24,000 hartanah yang diperiksa di Manhattan, Bronx dan Brooklyn menunjukkan ‘Petanda Tikus Aktif’, kata pejabat Datuk Bandar.

“Kami tidak menerima tikus sebagai sebahagian kehidupan normal Bandaraya New York,” kata Datuk Bandar Bill de Blasio dalam kenyataan.

Pelan itu akan bermula September ini, dan pelbagai agensi termasuk jabatan Sanitasi, Taman dan Kesihatan, akan terbabit.

Kebanyakan peruntukan akan digunakan untuk membaik pulih bangunan pangsapuri perumahan awam, menggantikan lantai tingkat bawah tanah yang kotor dengan konkrit dan memasang mesin pemampat sampah solar dengan pembukaan ‘kotak surat’ untuk menggantikan pemampat berusia 20 tahun yang digunakan buat masa ini. – Reuters

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here