NGO: Tak wajar halang Guan Eng hadir majlis buka puasa

0
62



Adalah tidak wajar untuk meminta Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng agar tidak menghadiri acara berbuka puasa, kata kumpukan pemikir Centre for a Better Tomorrow (Cenbet).

Menyertai sambutan dari pelbagai latar belakang kaum dan agama yang berbeza adalah tradisi dalam masyarakat majmuk di Malaysia, kata Ahli Jawatankuasa Cenbet, Derek Low.

“Rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang perlu digalakkan untuk mengambil bahagian dalam perayaan kaum lain untuk meningkatkan kefahaman antara kaum.

“Ini adalah penting pada ketika ketegangan yang memuncak di kalangan mereka yang berlatar belakang yang berbeza,” katanya dalam satu kenyataan.

Jaringan Muslimin Pulau Pinang pada Jumaat lepas mengadakan demonstrasi mendakwa Lim sebagai “anti-Islam” dan menggesa beliau tidak menghadiri majlis berbuka puasa sehingga beliau memeluk Islam.

[Baca berita penuh]

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here