Niaga hadapan emas ditutup tinggi

0
413
Advertisement

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup tinggi pada Isnin, menjejaki prestasi meningkat di penanda aras pasaran niaga hadapan emas Bursa Komoditi AS.

Peniaga berkata persekitaran yang tidak menentu berikutan pertikaian tarif AS-China, selain dolar US yang rendah, telah mendorong permintaan terhadap emas yang lazimnya dilihat sebagai aset selamat.

“Bagaimanapun, peningkatan di niaga hadapan emas tempatan dihadkan oleh ringgit yang lebih kukuh, berikutan ia menjadikan logam berharga itu lebih mahal kepada pelabur antarabangsa,” katanya.

Pada 6 petang, unit tempatan ditutup tinggi 130 mata asas kepada 4.0250/0300 berbanding dolar US daripada 4.0380/0420 pada Jumaat lepas.

Bulan semerta Julai 2018, Ogos 2018, September 2018 dan Oktober 2018, masing-masing meningkat empat mata kepada RM164.20, RM164.40, RM164.70 dan RM164.70 segram.

Jumlah dagangan naik kepada dua lot bernilai RM32,840 daripada sifar dicatatkan pada Jumaat lepas, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 25 kontrak daripada 24 kontrak sebelum ini.

Pada 5 petang Isnin, harga emas fizikal naik 59 sen kepada RM158.21 segram.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here