Nicole Scherzinger datang Johor semata-mata makan KFC?

0
49

KUALA LUMPUR: Penyanyi antarabangsa, Nicole Scherzinger berada di Malaysia?

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya (@nicolescherzy), bekas ahli kumpulan Pussycat Dolls itu memuat naik beberapa video beliau berada di Johor Bahru.

Beliau dipercayai berada di selatan tanah air bagi menghadiri sebuah majlis berprestij di bandar raya tersebut.

Menurut seorang sumber rapat dengan penyanyiketika dihubungi Astro AWANI hari ini, Scherzinger membuat persembahan di majlis tertutup itu dan menyanyikan lima buah lagu.
Paling mencuri tumpuan, Nicole sempat singgah di sebuah cawangan restoran segera, Kentucky Fried Chicken (KFC) selepas majlis berkenaan. 

Turut mengiringi Nicole ialah beberapa anggota polis untuk membeli makan lewat malam.

Video tersebut dimuat naik di Instagram story peribadinya.

Beliau turut mengucpakan terima kasih kepada anggota polis yang mengiringinya ke cawangan KFC tersebut.

Thank you for the escort, terima kasih!”

Tidak diketahui berapa lama penyanyi itu berada di Johor Bahru.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here