Niena terkejut

0
227
Advertisement



PELAKON Datin Niena Baharun kesal apabila penganugerahan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang yang membawa gelaran Datuk kepada suaminya, Aliff Firdaus Abdul Hadi, 31, di Istana Abu Bakar, Pekan, semalam menimbulkan pertikaian dalam kalangan netizen.

Niena, 25, berkata, dia dan suami tidak tahu menahu mengenai penganugerahan itu kerana tidak pernah menjangka perkara itu.

“Sejujurnya saya dan suami tidak tahu menahu menenai penganugerahan ini. Seminggu sebelum majlis ini baru suami dapat panggilan untuk mengambil surat jemputan.

“Kami terkejut akan berita ini, namun menganggap anugerah ini adalah rezeki bayi dalam kandungan dan tidak ada sebab untuk suaminya menolak.

“Namun, saya terkejut apabila timbul persoalan mengatakan adakah ini Datuk beli. Saya tidak faham kenapa mereka boleh beri persepsi sedemikian. Bagi saya ini satu penganugerahan daripada Sultan, jadi tidak wajar jika ia dipertikaikan,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Niena, suaminya juga meluahkan perkara yg sama kerana tidak menjangka gelaran itu menjadi kecoh dalam kalangan netizen.

“Apa pun, terima kasih atas semua ucapan tahniah diberikan. Ingin ditegaskan, yang dapat anugerah darjah kebesaran suami saya.

“Jadi, jangan keliru perkara ini. Kalau boleh jangan campurkan urusan kerjaya saya dengan suami saya,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here