Nilai hartanah konsisten menurun – PMI

0
65
Advertisement

KUALA LUMPUR: Harga hartanah kediaman di Malaysia dilaporkan menurun secara konsisten sejak suku keempat 2017, menurut laporan Indeks Pasaran PropertyGuru (PMI) yang dikeluarkan hari ini.

Laporan itu menyebut, berlaku penurunan sebanyak 1.6 peratus pada suku keempat 2018 berbanding suku ketiga 2017 yang hanya turun 0.2 peratus.

Antara faktor utama yang menyumbang kepada penurunan itu adalah disebabkan pembetulan harga pasaran secara kerap walaupun wujudnya senario yang kompleks seperti lebihan bekalan dalam beberapa segmen perumahan, serta kewujudan segmen pengguna yang tidak mampu memiliki hartanah sendiri.

Pengurus Negara PropertyGuru Malaysia, Sheldon Fernandez berkata trend penurunan itu berlaku secara konsisten disebabkan perubahan sentimen pasaran yang positif selain pembetulan harga permintaan secara berterusan bagi memastikan wujud pertumbuhan sihat pada sektor perumahan.

Beliau menjelaskan, penurunan harga hartanah yang amat ketara pada 2106 dan 2017 bukan satu perkara yang mengejutkan kerana ia berlaku secara berperingkat selain tidak memberi sebarang kesan penting terhadap pasaran.

Laporan itu menyebut hampir setiap bulan pada 2017 menunjukkan penurunan harga permintaan pada semua jenis rumah kecuali bulan Jun, Februari dan Oktober.

“Dari perbandingan tahun ke tahun, harga merekodkan penurunan sebanyak 3.7 peratus.

“Kuala Lumpur, Selangor, Johor serta Pulau Pinang turut menjadi penyumbang kepada penurunan harga tu sejak suku keempat 2017,” kata Sheldon dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Sheldon tidak menafikan isu tidak mampu memiliki rumah masih menjadi masalah utama dalam negara ini sekali gus turut memberi tekanan hebat terhadap penurunan harga hartanah.

“Sekurang-kurangnya 67 peratus pembeli hanya mampu membeli rumah antara RM300,000-RM500,000 selain tiga dari empat rakyat Malaysia masih percaya wujud lebihan bekalan hartanah di pasaran.

“Disebabkan itu, pembeli hanya mengambil pendekatan tunggu dan lihat, terutamanya dengan Pilihan Raya Umum yang bakal berlangsung,” kata Sheldon.

PMI diambil daripada koleksi data PropertyGuru yang menyeluruh, yang termasuk (tetapi ia tidak tertakluk kepada) harga permintaan daripada 250,000 senarai hartanah kediaman di PropertyGuru.com.my.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here