Nombor Plat WWW 1 Dijangka Paling Mahal

Nombor Plat WWW 1 Dijangka Paling Mahal

Nombor Plat WWW 1. Nombor plat pendaftaran kenderaan Wilayah, WWW 1 yang akan dibuka tendernya pada 30 April nanti dijangka akan menjadi nombor plat paling mahal di Malaysia. Setakat ini, nombor plat yang paling mahal di Malaysia ialah MCA 1 (RM300,100) yang mengatasi harga nombor plat TAY 1 (RM 242,000) yang pernah menjadi nombor plat termahal pada tahun 2010.

Nombor Plat WWW 1

WWW 1 diramalkan mampu mencecah sehingga RM 500,000 berdasarkan ramalan awal yang telah diterima oleh pihak JPJ. Sejak pengumuman mengenai WWW 1 itu dibuat,  Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mohd. Nadzri Osman mengesahkan sehingga kini terdapat beberapa individu yang telah menawarkan harga nombor plat tersebut melebihi RM400,000.

Nombor plat WWW  juga dikaitkan dengan singkatan bagi World Wide Web yang cukup popular bagi pengguna internet untuk membuat capaian laman web.

Rekod bagi nombor plat paling mahal di dunia dicatatkan oleh jutawan Abu Dhabi pada tahun 2008. Jutawan itu membeli nombor plat 1 dengan harga RM43.7 Juta.

Leave a Comment