Nor Mohamed Yakcop letak jawatan Lembaga Pengarah Khazanah

0
47

KUALA LUMPUR: Tan Sri Nor Mohamed Yakcop meletak jawatan daripada Lembaga Pengarah Khazanah berkuat kuasa 30 September 2017.

Surat peletakan jawatan tersebut dikemukakan pada mesyuarat Lembaga Pengarah Khazanah ke-84 yang diadakan pada Selasa.

Nor Mohamed juga akan mengosongkan jawatan Pengerusi Khazanah Research Institute berkuat kuasa pada tarikh sama.

Beliau yang berusia 70 tahun telah berkhidmat dalam Lembaga Pengarah Khazanah selama 15 tahun dan merupakan Ahli Lembaga Pengarah yang paling lama berkhidmat dan satu-satunya Timbalan Pengerusi dalam sejarah 23 tahun Khazanah.

Beliau memainkan peranan penting dalam kejayaan pelbagai inisiatif yang dilaksanakan termasuk rombakan dan transformasi Khazanah dari 2004 hingga sekarang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here