Nourul Depp seronok jadi jurulatih Zumba, nampak lebih sihat

0
93
Advertisement

MASIH bergiat aktif memenuhi undangan nyanyian, penyanyi Nourul Depp turut menyandang gelaran sebagai jurulatih zumba.

Sudah tiga tahun bergelar jurulatih zumba, Nourul akui seronok dan gembira mengajak orang ramai menjadi lebih sihat.

“Saya sangat seronok. Saya mahu menggalakkan orang ramai menjalani kehidupan yang lebih sihat.

“Zumba adalah satu senaman yang paling mudah untuk dilakukan oleh semua orang. Menerusi zumba, anda boleh bergembira dan pada masa yang sama, anda juga boleh bersenam,” kata Nourul.

Dalam perkembangan lain, Nourul bakal muncul dengan album dalam Bahasa Perancis.

“Saya sudah mengusahakan album itu dari pengujung tahun 2015. Alhamdulillah, proses untuk menyiapkan album sudah selesai.

“Saya juga sudah menjalani rakaman muzik video untuk lagu yang terkandung dalam album tersebut. Insya-Allah, ia akan dipasarkan pada Februari nanti,” katanya lagi.

Sumber: HLive
Foto: Instagram Nourul

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here