NS hempas pulas naik kekal Liga Super

0
377
Advertisement



NEGERI Sembilan kembali menghidupkan peluang untuk terus kekal dalam Liga Super musim depan selepas menewaskan Selangor 3-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam tadi.

Bagaimanapun, skuad Hobin Jang Hobin perlu menang dalam dua baki perlawanan untuk memastikan impian mereka itu tercapai.

Ketua jurulatih Mario Lemos menyatakan beliau belum berputus asa untuk membantu pasukan itu merealisasikan sasaran yang ditetapkan.

“Saya rasa kami ada peluang untuk menang dalam baki perlawanan liga dan seterusnya meraih mata maksimum. Walaupun faktor untuk kekal itu bergantung kepada keputusan perlawanan lain, tapi buat masa ini saya tidak mahu memikirkannya.

“Fokus utama kami adalah untuk memenangi dua baki perlawanan itu dan kami akan bekerja keras mempersiapkan pasukan,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan malam tadi.

Nicolas Velez memulakan kebangkitan Negeri Sembilan apabila menjaringkan gol pertama pada minit ke-12 diikuti jaringan penalti oleh Flavio Beck Junior pada minit ke-17 dan Velez sekali lagi meranapkan impian Selangor menerusi gol keduanya pada minit ke-73.

Berikutan kemenangan itu, mereka melonjak ke tangga ke-10 carta liga dengan 15 mata sekalipun berkongsi mata dengan pasukan tangga tercorot.

Lemos yang mengambil alih tugas itu pada 11 Mei lalu, mengakui skuad bimbingannya tertekan untuk mempertahankan kedudukan selepas tercicir mata dalam lima perlawanan berturut-turut.

Dua aksi terakhir Negeri Sembilan bertemu Kuala Lumpur di gelanggang lawan, Ahad ini disusuli Melaka United di gelanggang sendiri pada 28 Julai depan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here