NS, JDT II akui laluan sukar

0
306
Advertisement



DUA pasukan negeri iaitu Terengganu FC II (TFC II) dan Sarawak serta satu pasukan kelab (UKM FC) bakal menjadi penghalang buat satu satunya pasukan dari Liga Super, Negeri Sembilan meraih piala dalam saingan Piala Cabaran 2018 yang bermula julung kalinya minggu depan.

Anak buah Mario Lemos yang ‘tercicir’ dari menyertai saingan Piala Malaysia musim ini berpeluang mengubat duka dengan meraih piala yang diadakan buat pertama kalinya musim ini namun dilihat tidak berdepan laluan mudah sekali pun bertemu lawan dari saingan Liga Perdana.

Meskipun lawan menamatkan saingan liga pada kedudukan yang tidak memberangsangkan di mana UKM FC (7), Sarawak (8) dan juga TFCII (11) namun ia tidak boleh dijadikan ukuran memandangkan setiap pasukan tampil dengan semangat tinggi untuk merebut sekurang kurangnya satu trofi musim ini.

Satu lagi pasukan pilihan, Johor Darul Ta’zim II (JDTII) yang tidak dapat beraksi di Piala Malaysia susulan larangan untuk menyertai saingan yang sama dengan JDT diundi dalam Kumpulan B bersama UiTM FC, Pulau Pinang dan juga pasukan jemputan yang mengisi kekosongan yang ditinggalkan Kuantan FA, ATM.

Saingan Piala Cabaran akan membuka tirainya pada 7 dan 8 Ogos ini dengan aksi terakhir peringkat kumpulan dijadual pada 18 dan 19 September.

Empat pasukan yang layak ke separuh akhir akan berentap di separuh akhir pertama pada 25 dan 26 September dengan separuh akhir kedua akan berlangsung pada 2 dan 3 Oktober seterusnya aksi final dijadual pada 13 Oktober di venue neutral.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Kevin Ramalingam menegaskan saingan terbabit bukanlah satu pertandingan yang sia sia sebaliknya ia memenuhi objektif yang memberi manfaat kepada semua pasukan yang bertanding.

“Kita mahu semua pasukan termasuklah mereka yang tidak layak beraksi di Piala Malaysia supaya dapat terus mengharungi aksi kompetitif sehingga penghujung musim sekali gus menambahkan lagi bilangan perlawanan mereka pada musim ini.

“Pertandingan ini dianjurkan atas sebab teknikal dan juga komersial di mana setiap pasukan dapat mengemukakan cadangan terhadap perancangan musim sepanjang musim kepada penaja apabila mereka memiliki jumlah aksi sama banyak antara satu sama lain.

“Malah, ia turut memberikan saingan kompetitif kepada semua pemain dan mengelak daripada menunggu terlalu lama sehingga musim baharu bermula. Jadi Piala Malaysia memenuhi objektif seperti yang dinyatakan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here