Nyah senarai syarikat yang gagal penuhi kuota wanita – Idris Jala

0
22

KUALA LUMPUR: “Sekiranya pihak korporat masih perlahan dalam usaha memenuhi kuota wanita dalam lembaga pengarah, saya cadangkan kita gesa kerajaan untuk menyahsenaraikan syarikat berkenaan daripada pasaran saham,” cadang Datuk Seri Idris Jala.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Pemandu Associates Sdn Bhd itu juga berkata cadangan itu boleh diguna sebagai langkah terakhir bagi memenuhi kuota wanita dalam barisan lembaga pengarah syarikat tersenarai.

Jelasnya, dasar berkenaan sudah diamalkan di negara Scandinavia dalam usaha untuk meningkatkan keterlibatan jumlah wanita dalam lembaga pengarah.

Pada 2003, Norway melaksanakan dasar mewajibkan 40 peratus wanita dalam lembaga pengarah dan syarikat yang gagal memenuhi sasaran ini akan dinyahsenarai.

Ketika ini, wanita mewakili hanya 17.9 peratus lembaga pengarah dalam 100 syarikat senaraian awam.

Tambah Idris, ketika ini dua kaedah utama sudah diamalkan dalam meningkatkan jumlah keanggotaan wanita dalam lembaga pengarah.

Pertama, dengan mengesa syarikat untuk bertindak lebih agresif dan kedua  menamakan syarikat yang gagal penuhi kuota terbabit.

Beliau percaya, setakat ini kedua-dua kaedah ini sudah mencukupi.

Menerusi Bajet 2018,  Kerajaan mengumumkan langkah mewajibkan sekurang-kurangnya 30 peratus wanita dalam keahlian lembaga pengarah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) serta badan berkanun, sebelum akhir tahun 2018.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here