Nyamuk jantan 'pikat' betina untuk hapuskan Zika

0
125
Advertisement

Miami: Bahagian Pengurusan dan Kawalan Nyamuk Miami-Dade menggunakan kaedah baharu bagi memerangi agen pembawa virus Zika. 

Jutaan nyamuk jantan pembawa bakteria dilepaskan di kejiranan di pinggir bandar Miami sebagai inovasi bagi membunuh nyamuk betina yang membawa virus Zika dan virus yang lain.

Nyamuk-nyamuk jantan pembawa bakteria Wolbachia yang dibiakkan di makmal akan mencari nyamuk betina liar untuk mengawan.

Wolbachia tidak berbahaya kepada manusia tetapi akan menghalang nyamuk betina daripada menghasilkan telur selepas mengawan sekaligus menghentikan pembiakannya.

Baca: Zika dan seks, ini fakta yang perlu anda tahu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here