Nyanyi dengan mikrofon terbalik, gelagat Khai Bahar dan Nabil geletek hati penonton

0
337
Advertisement

PROGRAM Meletop yang dihoskan Nabil Ahmad dan Neelofa merupakan antara program popular yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia.

Selain artis-artis jemputan, gelagat hosnya terutama Nabil, merupakan tarikan utama bagi penonton.

Dalam episod terbaharu yang bersiaran semalam, sekali lagi gelagat Nabil menjadi perbualan apabila berjaya menggeletek hati penonton ketika cuba ‘menyelamatkan’ penyanyi Khai Bahar.

Khai yang dilihat leka melambai-lambai ke arah para peminatnya, tanpa sedar memegang mikrofon secara terbalik, sebelum memulakan nyanyian.

Sebaik tersedar, dia hanya mampu ketawa namun aksi spontan Nabil yang datang memeluknya mengundang gelak ketawa penonton, sekaligus menyelamatkan keadaan.

Video yang dimuat naik ke akaun YouTube Meletop itu menerima pelbagai reaksi penonton, dan rata-ratanya memuji cara Nabil mengendalikan situasi sewaktu siaran langsung.

Netizen juga meminta Khai Bahar agar tidak terlalu memikirkan kesilapan itu kerana pelbagai perkara luar jangkaan boleh berlaku dalam satu siaran langsung.

Melalui Instagram Story, Khai Bahar sempat memuat naik video untuk meminta maaf atas kekhilafan itu, sebaik selesai program tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here