Obama terima pencen paling tinggi

0
13

BEKAS Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama menjadi penerima pencen antara yang paling tinggi sebanyak USD1.153 juta tahun depan, menurut Perkhidmatan Penyelidikan Kongres.

Laporan New York Post yang dipetik dari Washington Times, menyebut permintaan beliau melebihi  USD100,000 berbanding bekas presiden sebelumnya, George H.W Bush iaitu USD942,000.

Sementara itu, Jimmy Carter menerima separuh daripada itu, sebanyak USD456,000.

Kesemua bekas presiden yang masih hidup diberi sebuah pejabat, perbelanjaan dan bagi sesetengah kes, ada yang menerima bayaran pencen tahunan ekoran akta yang digubal pada era 50-an.

Pada masa sama, perbelanjaan kos yang paling tinggi bagi bekas-bekas presiden adalah menyewa sebuah pejabat.

Laporan itu juga menyatakan perbelanjaan sebuah pejabat Obama merupakan antara yang paling mahal serta menerima pembayaran pencen yang paling tinggi dari kesemua bekas presiden lain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here