Obor rentasi Pulau Jerejak

0
26



Georgetown: Seramai 800 peserta menyertai acara Larian Obor Kuala Lumpur 2017 sempena Sukan SEA Ke-29 dan Sukan Para ASEAN Ke-9 (juga dikenali sebagai Kuala Lumpur 2017 atau KL2017), di sini, semalam.

Terdahulu, enam perenang diketuai Inspektor Adni Shaari membawa obor secara berganti-ganti berenang merentasi Pulau Jerejak bermula jam 6.30 pagi dan tiba di Jeti Pangkalan Pasukan Polis Marin (PPM) Batu Uban sejauh 3.5 kilometer, jam 8.45 pagi.

Ia kemudian disambut Komandan Pasukan Polis Marin Asisten Komisioner Rosman Ismail sebelum diserahkan kepada Pegawai Kemajuan Negeri Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang Syed Shaari Syed Abdullah.

Larian Obor peringkat Pulau Pinang itu kemudian diteruskan dengan acara pelepasan oleh Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Chuah Ghee Lye yang seterusnya menuju ke Kompleks Belia dan Sukan Negeri.

Pameran obor turut diadakan di kompleks itu dari jam 12 tengah hari hingga 6 petang semalam sebelum dibawa pelari ke daerah Barat Daya, hari ini.

Obor kemudian akan dipamer di Dewan Sri Mutiara, Politeknik Seberang Perai, esok sebelum pelari membawa obor itu ke Perak keesokannya (Khamis).

Larian Obor KL2017 dijadual berakhir di Kuala Lumpur pada 19 Ogos menandakan bermulanya temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here