Ola Bola: Saat sedih tidak dapat ke Olimpik kembali terimbau – Soh Chin Aun

0
74
Advertisement
KUALA LUMPUR: Melihat semula detik suka-duka zaman kegemilangan pasukan Harimau Malaya 1980 dalam bentuk teater muzikal membuat lagenda bola sepak negara Datuk Soh Chin Aun dan Datuk Santokh Singh sangat tersentuh perasaan. 

Kedua-dua mereka menjadi tetamu khas ketika teater ‘Ola Bola The Musical’ yang kini sedang dipentaskan di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Soh berkata walaupun perasaan itu jauh berbeza ketika sedang beraksi di perlawanan sebenar pada tahun 1980, beliau memuji semangat perjuangan yang dipamerkan di pementasan itu.

“Sangat menyentuh hati, terutama sekali pada bahagian yang menunjukkan pasukan sudah tahu bahawa Malaysia memilih untuk keluar dari temasya Olimpik (1980).

BACA: Tiara Jacquelina terkejut ‘Ola Bola The Musical’ terima ‘standing ovation’ 

“Kesemua mereka memutuskan bahawa mereka berjuang untuk negara dan bukan untuk Olimpik,” katanya kepada Astro AWANI ketika ditemui pada Ahad.

Datuk Soh Chin Aun dan Datuk Santokh Singh bersama Puan Sri Tiara Jacquelina selaku pengara 'Ola Bola The Musical' -Gambar: Astro AWANI

Santokh Singh turut menyuarakan pandangan yang sama. 

“Pementasan yang hebat. Babak yang menyentuh perasaan adalah apabila mereka semua bersatu walaupun dari kaum yang berbeza.

“Ia juga menunjukkan mereka dari latar belakang yang berbeza,” katanya ringkas selepas pementasan.

Sementara itu, kehadiran mereka berdua turut menggamatkan suasana di Istana Budaya.

Mereka juga diberi penghormatan istimewa dan ‘standing ovation’ di pentas utama.

Pelakon yang membintangi ‘Ola Bola The Musical’ termasuk Luqman Hafidz, Lim Jian Wen, Iedil Putra, Altimet, Douglas Lim dan ramai lagi.

‘Ola Bola The Musical’ yang dipersembahkan oleh CIMB itu dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya sehingga 11 Mac, 2018.

Astro merupakan rakan media rasmi untuk ‘Ola Bola The Musical’.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here