Operasi polis ragut 10 nyawa

[ad_1]

SEKURANG-kurangnya 10 terbunuh manakala 20 lagi cedera dalam operasi dilancarkan polis dan pasukan paramilitari di selatan Nicaragua semalam, kata kumpulan hak asasi manusia.

Enam daripada mangsa yang terkorban adalah orang awam, dua daripadanya kanak-kanak dan empat polis, menurut Pertubuhan Hak Asasi Manusia Nicaragua (ANPDH).

Difahamkan operasi berkenaan menyasarkan bandar Masaya, berhampiran Niquinohomo, komuniti Catarina dan kejiranan Monimbo.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Julai 2018 @ 8:02 AM

[ad_2]

Leave a Comment