Optimis pertahan emas

0
53



Kuala Lumpur: Persekutuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) semakin yakin emas berpasukan recurve mampu dipertahankan selepas kejayaan meraih gangsa di siri ketiga Piala Dunia, Isnin lalu.

Gandingan Khairul Anuar Mohamad, Haziq Kamaruddin dan Muhammad Akmal Nor Hasrin mempamer persembahan luar biasa apabila mara sehingga ke separuh akhir sebelum menundukkan Mexico 6-2 untuk meraih gangsa pada kejohanan di Amerika Syarikat (AS) itu.

Setiausaha Kehormat NAAM Datuk Abdul Hamid Hasan menjelaskan ia petanda yang baik menjelang Sukan SEA pada Ogos nanti.

“Ia menunjukkan mereka semakin yakin dan saya turut percaya prestasi pemanah negara akan bertambah baik menjelang Sukan SEA nanti.

“Tiga pemanah itu menunjukkan mereka adalah kombinasi terbaik negara ketika ini,” tambahnya.

Tiga pemanah berkenaan akan disertai Muhamad Zarif Syahiir yang disenaraikan NAAM bagi menggantikan Mohd Ikram Joni bagi menghadapi Sukan SEA nanti.

“Jadi Zarif perlu bekerja keras sekiranya mahu mencabar trio ini selain bersedia menggalas tugas seandainya berlaku perkara tidak diingini seperti kecederaan,” tambahnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here