Orang belakang tabir Van Marwijk

0
4
Advertisement



SYDNEY: Ketua jurulatih Australia, Bert van Marwijk akan membayar sendiri gaji lapan pembantu jurulatih dan penganalisis untuk membantu pasukan itu melakukan persiapan bagi Piala Dunia Russia bulan ini.

Jurulatih dari Belanda, Van Marwijk dilaporkan mempunyai kontrak jangka pendek bernilai lebih AUS$1 juta (RM3 juta) untuk membimbing Australia hingga akhir Piala Dunia dan memberitahu Fairfax Media beliau akan membayar sendiri untuk khidmat lapan kakitangan teknikal Belanda bagi mempercepatkan persediaan Socceroos.

Beliau membuat keputusan itu selepas Persekutuan Bolasepak Australia memberitahu beliau, mereka tidak mempunyai bajet untuk menggaji sejumlah besar pembantu baru, lapor akhbar Fairfax.

Van Marwijk berkata, berdepan tempoh singkat dengan pasukan Australia sebelum kejohanan itu menyebabkan beliau perlu mempunyai ‘orangnya’ untuk menterjemahkan falsafahnya, gaya permainan dan taktik secepat mungkin.

“Saya perlukannya kerana saya tidak cukup masa. Apabila anda cuba membentuk pasukan dalam masa singkat, saya perlu bekerja dengan orang yang mengenali saya,” beliau dilaporkan sebagai berkata.

“Mereka perlu merenung mata saya dan tahu apa yang saya maksudkan. Saya tidak mahu berdepan isu komunikasi.

“Anda perlukan masa untuk mengenali satu sama lain dan saya tiada masa. Saya sedia bekerjasama dengan orang Australia.”

Skuad belakang tabir Van Marwijk adalah mereka yang pernah bekerja dengannya sebelum ini dan membabitkan empat penolong jurulatih, dua penganalisis video dan dua peninjau.

Pembantunya adalah Mark van Bommel, Roel Coumans, Jurgen Dirkx dan Taco Van den Velde.

“Saya perlukan mereka kerana mereka tahu bagaimana saya bekerja, tahu bagaimana cara kerja saya, tahu bagaimana corak permainan saya,” kata Van Marwijk.

“Saya kenal mereka dan mereka datang bukan kerana wang, mereka datang untuk bekerja. Ia pastinya amat profesional.

“Jika anda mahukan peluang dalam Piala Dunia, semuanya perlu dilakukan secara amat profesional dan itu pendapat saya.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here