Orang kanan Trump jumpa peguam Kremlin

0
92


DONALD Trump Jr.- Foto AFP

WASHINGTON: Anak dan menantu Donald Trump serta pengurus kempen pilihan rayanya mengadakan pertemuan dengan peguam Russia yang dikaitkan dengan Kremlin tidak lama selepas Trump dicalonkan tahun lalu.

Akhbar New York Times melaporkan, pertemuan tertutup itu diadakan di Trump Tower Manhattan pada 9 Jun lalu, membabitkan beberapa individu yang rapat dengan Trump dan warga Russia.

Akhbar itu memetik dokumen rekod rahsia kerajaan dan temu ramah dengan invidu yang biasa dengan dokumen terbabit.

Donald Trump Jr mengesahkan pertemuan itu dalam satu kenyataan, menggambarkan ia sebagai pertemuan pengenalan singkat, yang memberi tumpuan pada isu anak angkat.

Katanya, beliau turut meminta menantu lelaki Trump, Jared Kushner dan pengurus kempen, Paul Manafort, untuk menyertai mesyuarat itu.

Trump Jr berkata, pertemuan itu antara lain diadakan membincangkan mengenai program anak angkat Russia untuk rakyat Amerika Syarikat, yang telah dihentikan oleh negara itu.

Laporan akhbar New York Timess itu disiarkan sehari selepas Trump dan Presiden Russia, Vladimir Putin, mengadakan perbincangan mengenai tuduhan campur tangan Russia pada kempen pilihan raya Trump.

Perbincangan itu daiadakan pada pertemuan julung kali kedua-dua pemimpin itu di Sidang Kemuncak Ekonomi Utama Pemimpin Kelompok G20 di Hamburg, Jerman. – REUTERS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here