Oscar catat jumlah tontonan terburuk?

0
62
Advertisement

LOS ANGELES: Jumlah tontonan Anugerah Akademi kali ke-90 mencatat penurunan 32.7 juta kepada 26.5 juta berbanding tahun lepas, menurut laporan agensi Nielsen.

Ini menunjukkan berlakunya pengurangan sebanyak 6.2 juta penonton sekaligus menjadikan ia rekod terburuk berbanding rekod terendah yang pernah dicatat sebelum ini.

Lapor Reuters, penurunan tontonan bagi acara berprestij itu bermula sejak 2008 dengan jumlah tontonan bawah dari 32 juta dan mencatat rekod kedua terendah berbanding tahun ini.

BACA: Oscar: Filem fantasi romantik, The Shape of Water rangkul filem terbaik

BACA: Oscar: Gary Oldman rangkul anugerah pelakon terbaik

Pelbagai faktor menyumbang kepada kadar penurunan ini seperti durasi program yang hampir cecah empat jam, kepelbagaian siaran televisyen, pencalonan filem di bawah syarikat produksi kecil seperti Darkest Hour dan Call Me By Your Name bagi anugerah majlis penganugerahan gemilang itu.

Dalam anugerah yang berlangsung semalam, filem fantasi romantik, The Shape of Water telah dinobatkan sebagai filem terbaik selain merangkul tiga anugerah lain.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here