Oscar: Filem fantasi romantik, The Shape of Water rangkul filem terbaik

0
60
Advertisement

LOS ANGELES: Filem The Shape of Water dinobatkan sebagai anugerah filem terbaik di Anugerah Oscar yang ke-90, hari ini.

Filem di bawah arahan, Guillermo Del Toro itu turut mengungguli anugerah pengarahan terbaik, anugerah produksi reka bentuk terbaik selain anugerah muzikal skor original terbaik.

The Shape of Water mengisahkan persahabatan antara seorang wanita bisu dengan sejenis makhluk yang dibintangi oleh Sally Hawkins dan Doug Jone.

Selain itu, anugerah Oscar kali ini turut mempertandingkan sebanyak 24 anugerah.

Berikut adalah senarai nama pemenang:

1. Filem terbaik: The Shape of Water

2. Filem pengarahan terbaik: The Shape of Water, Guillermo Del Toro

3. Pelakon lelaki terbaik: Gary Oldman, Darkest Hour.

4. Pelakon wanita terbaik: Frances McDormand, Three Billboards Outside Ebbing, Missouri

5. Pelakon tambahan lelaki terbaik: Sam Rockwell, Three Billboards Outside Ebbing, Missouri

6. Pelakon tambahan wanita terbaik: Allison Janey, I Tonya

7. Pereka kostum terbaik: Mark Bridges, Phantom Thread

8. Filem animasi terbaik: Coco, Lee Unkrich dan Darla K. Anderson

9. Dokumentari (rencana): Icarus, Bryan Fogel dan Dan Cogan

10. Dokumentari (subjek pendek): Heaven is a Traffic Jam on the 405, Frank Stiefel

11. Filem pendek animasi terbaik: Dear Basketball, Kobe Bryant dan Glen Keane

12. Filem pendek aksi: The Silent Children, Chris Overton dan Rachel Shenton

13. Filem bahasa Asing: A Fantastic Woman, Chile

14. Filem penyuntingan terbaik: Dunkirk, Lee Smith

15. Filem pengeditan bunyi terbaik: Dunkirk, Alex Gibson dan Richard King

16. Filem pengolahan bunyi: Dunkirk, Mark Weingarten, Gregg Landaker dan Gary A. Rizzo

17. Filem produksi reka bentuk: The Shape of Water, Paul D. Austerberry dan Jeffrey A. Melvin, Shane Vieau

18. Solekan dan gaya rambut: Darkest Hour, Kazuhiro Tsuji, David Malinowski dan Lucy Sibbick

19. Visual terbaik: Blade Runner 2049, John Nelson, Paul Lambert, Richard R. Hoover dan Gerd Nefzer

20. Pengolahan skrip: Call Me by Your Name, James Ivory

21. Penulisan skrip asal: Get Out, Jordan Peele

22: Sinematografi: Blade Runner 2049, Roger Deakins

23. Muzikal skor original: The Shape of Water, Alexandre Desplat

24. Muzikal lagu original: Remember me, Coco, Kristen Anderson-Lopez dan Robert Lopez

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here