Oscar: Gary Oldman rangkul anugerah pelakon terbaik

0
64
Advertisement

LOS ANGELES: Gary Oldman merangkul anugerah sulungnya dalam kategori pelakon terbaik Anugerah Oscar yang ke-90 pada Ahad.

Beliau memenangi anugerah pertama daripada lakonannya sebagai Winston Churchill dalam filem Darkest Hour”, seorang perdana menteri terulung dari British era Perang Dunia Kedua.

Pelakon berumur 59 tahun itu berada dalam barisan utama untuk kategori pelakon terbaik Oscar setelah membolot hadiah di Anugerah Golden Globes, Screen Actors Guild, dan juga beberapa anugerah daripada kumpulan pengkritik filem.

“Saya ingin menyanjungi peranan dan sumbangan Winston Churchill serta perjalanan hidupnya adalah luar biasa,” katanya setelah menerima anugerahnya.

Beliau juga turut mengambil kesempatan di atas pentas untuk memberi ucapan terima kasih kepada ibunya.

“Saya ingin berterima kasih terhadap ibu saya atas curahan kasih sayang dan sokongan. Tunggu saya, saya akan tiba di rumah dengan membawa trofi Anugerah Oscar,” seloroh Oldman.

Pelakon kelahiran London itu memegang watak sebagai pemimpin British dalam filem Darkest Hour yang menumpukan latar masa sekitar Mei dan Jun tahun 1940 ketika Britain di ambang kekalahan dalam Perang Dunia Kedua selain menghadapi perpecahan dalam kerajaan, ketenteraan, serta monarki pada waktu itu.

Sebelum ini, Oldman pernah dicalonkan dalam anugerah Oscar untuk lakonannya dalam filem perisikan Tinker Tailor Soldier Spy pada tahun 2011 dan beliau juga turut terkenal dengan wataknya sebagai Sirius Black dalam filem fantasi Harry Potter.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here