Osman Zailani meninggal dunia

0
29


KUALA LUMPUR: Pelakon veteran, Osman Zailani meninggal dunia pada jam 9.30 malam tadi di Hospital Khoo Teck Puat (KTPH) di Singapura, pada usia 85 tahun.

Berita sedih itu dikongsi cucu Allahyarham, penyanyi Hady Mirza menerusi laman Facebooknya.

Dalam statusnya, Hady menyebut: “Salam semua. Datuk saya sudah kembali ke Rahmatullah pada jam 9.30 malam tadi di KTPH. Mohon sedekahkan al-Fatihah (kepada Allahyarham Mohammad Kechut aka Osman Zailani).

Bagaimanapun, Hady tidak menyebut punca kematian datuknya itu.

Jenazah Osman dibawa pulang dari hospital ke kediaman Allahyarham di Yishun dan dijangka dikebumikan selepas solat Zohor esok.

Allahyarham mewarnai industri seni Singapura dan Malaysia menerusi drama dan filem antaranya PJ Holdings, Sesejuk Air Mata Ibu dan Suratan Kasih.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here