'Otai' Buffon masih bernafsu

0
208
Advertisement



SINGAPURA: Walaupun hadir dengan reputasi tinggi, legenda Itali Gianluigi Buffon perlu bersaing bagi merebut tempat sebagai penjaga gol utama Paris Saint-Germain dengan jurulatih kelab itu, Thomas Tuchel mengakui masih belum membuat keputusan mengenai perkara berkenaan.

Buffon yang kali pertama berpindah ke luar negara pada usia 40 tahun berdepan persaingan sengit bagi menjadi pengaja gol nombor satu kelab Perancis itu dalam misi memburu trofi Liga Juara-Juara sulungnya.

Tuchel memiliki empat lagi pilihan penjaga gol – Alphonse Areola yang turut membarisi skuad Perancis muncul juara Piala Dunia 2018 dan penjaga gol Jerman, Kevin Trapp selain Sebastien Cibois serta Remy Deschamps.

“Dia (Buffon) tidak takut untuk merebut tempatnya, Kevin dan Alphones juga begitu. Inilah persaingan yang saya mahukan dalam setiap posisi,” kata Tuchel menjelang aksi persahabatan menentang Atletico Madrid, esok.

“Ini adalah situasi yang perlu dikawal dengan tenang tetapi jelas. Apabila semua menunjukkan prestasi terbaik masing-masing, jadi tiba masanya untuk membuat keputusan.”

Buffon bagaimanapun bermula hambar bersama PSG apabila melepaskan empat gol dalam dua aksi persahabatan ketika menentang Bayern Munich dan Arsenal.

Buffon yang merekodkan 656 penampilan sepanjang 17 tahun bersama Juventus menegaskan dia sedar tidak akan diberi laluan mudah bagi mendapat tempat sebagai penjaga gol utama.

“Dalam tempoh 24 tahun kerjaya saya, tiada siapa beritahu, saya diberikan jersi nombor satu secara automatik. Ia hadir dengan kerja keras ketika latihan dan pemilihan berdasarkan merit,” katanya. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here