Otak kelawar umpama digoreng akibat panas melampau di Sydney

0
19
Advertisement

SYDNEY: Cuaca panas melampau yang dikatakan paling panas pernah dicatatkan di dunia melanda Sydney dan menyebabkan beratus-ratus kelawar mati.

Kelawar-kelawar berkenaan jatuh menyembah bumi dan mati akibat otaknya mengering umpama ‘digoreng’.

Menurut petugas hidupan liar, suhu 47.3 darjah selsius memberi kesan kepada otak kelawar tersebut kerana haiwan itu dikatakan spesies yang paling kurang daya tahan seperti yang dipetik dari portal AFP.

Manakala Penyelamat dan Pendidikan Hidupan Liar New South Wales (WIRES) berkata kematian beratus kelawar itu boleh bertambah sehingga beribu kelawar.

“Para penyelamat berjaya menyelamatkan lebih dari seratus ekor kelawar, namun beratus juga yang mati dan terjatuh dari tempat mereka berpaut pada pokok.

“Para penyelamat dan sukarelawan sedang bertungkus lumus untuk menyediakan cecair subcutaneous (SQ) (cecair yang mengekalkan hidrasi) untuk menyelamatkan lebih banyak nyawa haiwan tersebut,” kata WIRES menerusi laman media sosial Facebook.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here