Oxlade-Chamberlain mungkin direhatkan

0
59
Advertisement



PEMAIN tengah Liverpool, Alex Oxlade-Chamberlain dijangka terlepas aksi sepanjang musim baru apabila kelab Liga Perdana Inggeris itu menyatakan mereka sudah bersedia dengan senario menyedihkan itu.

Pemain berusia 24 tahun itu mengalami kecederaan ligamen lutut ketika separuh akhir pertama Liga Juara-Juara menentang AS Roma pada April lalu dan berjaya menjalani pembedahan lapan hari kemudian.

“Jangkaan masa dia terpaksa diketepikan tidak didedahkan ketika ini atas permintaan Oxlade-Chamberlain, yang tidak mahu berita itu menjejaskan kempen Liga Juara-Juara Reds dan keterujaan terhadapnya,” menurut satu kenyataan Liverpool.

Pengurus Juergen Klopp memberitahu liverpoolfc.com beliau sedar bekas bintang Arsenal itu mungkin tidak boleh turun beraksi sepanjang musim 2018-19.

“Saya rasa kini masa yang tepat memberitahu orang ramai mengenai Ox yang akan fokus untuk pemulihan kecederaannya,” kata Klopp.

“Kami sudah tahu berkenaan perkara ini sejak hari pertama dia mengalami kecederaan itu dan selepas pembedahan, kami pasti mengenainya. Saya harap setiap orang memahami keadaan ini. Tiada perubahan, tiada kekecewaan, ia tepat mengikut jadual yang kami jangka dan rancang.

“Ox tidak mahu berita ini membayangi penamat musim dan secara jujurnya, kami fikir kami boleh menunggu serta memberitahu khalayak pada masa yang sesuai.

“Pemulihannya berjalan dengan lancar. Jika kami lihat dia kembali musim ini ia pasti satu bonus.”

Oxlade-Chamberlain menyertai Liverpool pada musim panas lalu dari Arsenal dalam perjanjian bernilai £35 juta (RM186 juta) namun, kecederaan itu menyebabkannya diketepikan bagi final Liga Juara-Juara menentang Real Madrid dan Piala Dunia bersama England.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here