P Diddy tukar nama lagi, kini dikenali sebagai Brother Love

0
21

PENYANYI rap dan penerbit muzik Sean ‘Diddy’ Combs sekali lagi mengumumkan menukar nama.

Dalam satu video dimuat naik di akaun Twitter rasminya, Sean Combs kini mahu dikenali sebagai ‘Love’ atau ‘Brother Love’.

“Saya berkeputusan untuk menukar nama saya sekali lagi. Nama baharu saya ialah Love atau Brother Love,” katanya.

Kata penyanyi itu, dia enggan lagi dipanggil sama ada dengan nama Puffy, Diddy, Puff Daddy atau nama-nama lain.

Penyanyi itu turut maklumkan tindakan tukar nama adalah sejajar dengan perubahan dirinya yang bukan lagi individu sama seperti sebelum ini.

Sementara itu, ‘pemilik sebenar’ gelaran Brother Love, Bruce Prichard membantah tindakan itu dan meminta Sean Combs mencari nama lain.

Personaliti gusti WWE itu dalam satu tweet yang membalas tweet Combs, mendakwa dialah yang mencipta nama tersebut.

“Cari gimik lain. Saya yang mencipta dan menyempurnakan Brother Love. Saya yang asli dan kamu bukan. Ingat North Carolina,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here