Padah gurau bawa bom naik pesawat

0
11

JAKARTA: Dua penumpang pesawat Garuda Indonesia ditahan pihak berkuasa selepas kru penerbangan terdengar perbualan mereka yang menyebut bahawa beg yang dibawa mengandungi ‘bom’.

Menurut laporan The Jakarta Post, kedua-dua mereka dikeluarkan dari pesawat berkenaan sebelum ia berlepas dari Lapangan Terbang Timika di Papua ke Denpasar pada Isnin,.

Kejadian berlaku apabila seorang daripada penumpang berkenaan, Parlindungan Tambunan, bertanyakan kepada rakannya yang hanya dikenali sebagai WH tentang beg yang dibawanya.

Secara spontan, WH berkata, “Saya bawa bom.”

Seorang kru penerbangan walau bagaimanapun terdengar kata-kata WH dan segera memaklumkan kepada pihak berkuasa di lapangan terbang tersebut.

Kedua-dua penumpang tersebut dibawa keluar dari pesawat dan beg yang didakwa mempunyai bom itu dirampas.

Pihak polis bagaimanapun tidak menemukan sebarang bentuk bahan letupan di dalam beg WH dan mereka kemudian dibawa ke balai polis berdekatan untuk siasatan lanjut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here