Padah pelakon terlalu seksi

0
97



Phnom Penh: Kementerian Kebudayaan dan Seni Halus Kemboja menggantung pembabitan seorang pelakon wanita berusia 24 tahun daripada industri hiburan selama setahun kerana dianggap terlalu seksi.

Menurut Phnom Penh Post, arahan itu dibuat selepas pelakon terbabit, Denny Kwan enggan mematuhi arahan supaya mengehadkan pemakaian pakaian terlalu menjolok mata.

Tahun lalu, Denny diarahkan untuk ‘diajar’ oleh kementerian mengenai cara berpakaian selepas gambarnya memakai gaun tersebar di media tempatan.

Phnom Penh Post berkata, hukuman itu selari dengan Kod Etika Kelakuan Artis yang meminta mereka berpakaian dengan cara yang mempamerkan maruah dan jati diri baik.

Syarikat yang terbabit dalam industri hiburan turut diingatkan supaya tidak bekerjasama dengan pelakon terbabit.

Ketua Pengarah kementerian itu, Chamroeun Vanntha berkata:.“Arahan berkenaan dibuat kerana Denny tidak mematuhi kod perilaku artis.

“Kami sudah memberi peringatan kepadanya dan dia berjanji mematuhi namun masih berkelakuan sama.”

Mengulas sekatan itu, Denny berkata: “Saya tahu saya ada hak untuk berpakaian mengikut kehendak diri, tetapi budaya Kemboja tidak dapat menerimanya. Saya akan cuba tidak memakai pakaian terlalu seksi seperti selalu dimuat naik ke Facebook.”

Dia turut memberitahu yang dia menerima sekatan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here