Padmaavat mengungguli carta pecah panggung di India

0
56
Advertisement

FILEM Bollywood, Padmaavat mengungguli carta pecah panggung di India.

Filem arahan Sanjay Leela Bhansali itu berjaya mengutip Rs.180 juta (RM11 juta) di negara itu pada tayangan pembukaannya malam Khamis.

Padmaavat ditayangkan walaupun masih melihat beberapa negeri di India melakukan protes yang ganas menentang keputusan lembaga penapisan yang meluluskan filem tersebut.

Menurut laporan Box Office India, filem itu mungkin mengutip lebih daripada Rs.260 juta hingga Rs.270 juta jika ditayangkan tanpa sebarang penapisan.

Sementara itu, penganalisis perdagangan Taran Adarsh memuat naik sebuah entri di laman Twitter yang menyatakan prestasi Padmaavat pada tayangan pertama di beberapa negara yang lain.

Deepika Padukone memainkan watak Rani Padmini dari Chittor, Shahid Kapoor memainkan watak suami kepada Rani Padmini, Maharawal Ratan Singh dan Ranveer Singh memainkan watak Alauddin Khilji.

Terdahulu tarikh tayangan Padmaavat ditunda kepada lebih sebulan susulan protes besar-besaran oleh komuniti Rajput yang menyatakan bahawa Sanjay Leela Bhansali menukar fakta sejarah dalam filem tersebut.

Bagaimanapun, CBFC akhirnya meluluskan filem Padmaavat dengan 5 syarat pengubahsuaian termasuk menukar tajuk filem tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here