Pak Mail agih jemput-jemput percuma

0
49



Kluang: Seorang peniaga, Ismail Bakar, 65, atau lebih dikenali sebagai Pak Mail Jemput-Jemput meneruskan tradisi buat tahun ketiga berturut-turut untuk mengagihkan jemput-jemput secara percuma kepada orang ramai sepanjang Ramadan.

Ismail berkata, dia melakukannya bagi berkongsi rezeki dengan orang ramai.

“Sempena Ramadan mari kita bersedekah kepada mereka yang berpuasa.

“Orang ramai boleh menyumbang tepung gandum, minyak masak, gula dan buah-buahan seperti betik, tembikai susu, nanas serta pisang untuk dijadikan jemput-jemput sebelum diagihkan semula bagi juadah berbuka puasa,” katanya ditemui di gerai jualannya di Jalan Kampung Melayu, di sini.

SHARE
Previous articleMaut kepala digilis lori
Next articleEsok dah mula

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here