Pakar bedah Britain dipenjara 15 tahun

0
47


Ian Paterson yang mengusahakan klinik swasta didakwa menipu pesakit.

LONDON: Pakar bedah payudara warga Britain dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun, selepas didapati bersalah menjalankan pembedahan ke atas 10 pesakit bagi mengaut keuntungan peribadi.

Hakim Jeremy Baker, berkata Ian Paterson yang mengusahakan klinik swasta didakwa menipu pesakit mereka berisiko mengidap kanser payudara hingga mendorong semua mangsa menjalani pembedahan, termasuk mastektomi.

“Selain kesan fizikal, tindakan itu turut meninggalkan kesan psikologi yang serius kepada pesakit,” kata hakim Mahkamah Nottingham Crown itu.

Sepanjang perbicaraan, mahkamah dimaklumkan pesakit mempercayai doktor itu berdasarkan perwatakannya yang menarik dan meyakinkan.

Namun, tidak lama kemudian mereka mulai sedar penipuan yang berlaku, malah ada di antara pesakit terbabit mengalami tekanan psikologi yang berpanjangan.

Bagaimanapun, motif tindakan doktor berusia 59 tahun juga tidak jelas dan hakim berkata, beliau tidak menunjukkan sikap menyesal atas perbuatannya itu, ketika perbicaraan.

Reuters

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here