Pakistan bebas 78 nelayan India

0
13


78 nelayan India yang ditahan kerana menceroboh perairan India dibebaskan kerajaan Pakistan. Foto EPA

KARACHI: Kerajaan Pakistan hari ini membebaskan 78 nelayan India yang ditahan kerana menceroboh perairan negara itu.

Seorang pegawai jabatan hal ehwal wilayah Sindh, Naseem Siddiqui berkata, kesemua nelayan itu dibebaskan dari Penjara Ladhi, di sini.

Katanya, nelayan yang dibebaskan dijangka pulang semula ke India esok.

“Namun 298 nelayan India masih ditahan dan akan dibebaskan selepas selesai pengesahan kerakyatan mereka oleh India,” kata Siddiqui.

Nelayan dari India dan Pakistan sering ditahan kerana menangkap ikan secara haram berikutan ketiadaan persempadanan di Lautan Arab dan kedua-dua negara pula masih menggunakan bot yang tidak dilengkapi dengan teknologi canggih bagi menentukan lokasi sebenar mereka.

Nelayan yang ditahan juga merengkok melebihi tempoh tahanan di penjara berikutan kelemahan hubungan diplomatik kedua-dua negara. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here