Pakistan panggil Duta Amerika Syarikat

0
26
Advertisement

PAKISTAN telah memanggil Duta Amerika Syarikat (AS) dalam protes ke atas Presiden AS Donald Trump yang melemparkan tuduhan terhadap Pakistan, baru-baru ini.

Jurucakap Kedutaan AS di Islamabad mengesahkan satu mesyuarat telah berlangsung di pejabat Kementerian Luar bersama David Hale pada Isnin.

Donald Trump dalam kenyataan menerusi Twitter telah menyifatkan AS melakukan ‘tindakan bodoh’ dengan menyalurkan lebih AS$33 bilion  (RM135 billion) bantuan kepada Pakistan sejak 15 tahun lalu, namun tidak mendapat apa-apa pulangan dan berikrar untuk menghentikannya.

Sementara itu, kenyataan Trump telah diterima baik oleh musuh lama Pakistan iaitu India dan negara-negara jiran di Afghanistan, namun China tetap mempertahankan Pakistan yang berusaha memerangi keganasan.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Pakistan Khaqan Abbasi akan mempengerusikan satu mesyuarat kabinet yang memberi tumpuan kepada tweet Trump.

Menteri Luar Pakistan, Asif menyifatkan tindakan Trump itu bersifat politik kerana kegagalan AS di Afghanistan dan militan Taliban telah mendapat wilayah serta melakukan serangan.

Sebelum ini, Washington telah memberi isyarat kepada Pakistan bahawa ia akan menghentikan bantuan dan membuat tindakan menghukum sekiranya Islamabad menutup sebelah mata terhadap kumpulan militan Haqqani yang sedang melakukan serangan merentas sempadan di Afghanistan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here