Pallotta di gantung tiga bulan

0
132
Advertisement



ROME: Pemilik kelab AS Roma, James Pallotta dilarang untuk menyaksikan saingan UEFA selama tiga bulan dan kelabnya didenda £17,025 (RM90,800) selepas tewas pada saingan Liga Juara-Juara ketika bertemu Liverpool.

Pallotta digantung selepas memanggil pengawai perlawanan sebagai ‘sangat kelakar’.

Kelab itu dikenakan hukuman kerana gagal menguruskan perlawanan dengan baik, menghalang laluan serta gelagat penyokong mereka yang membakar bunga api pada aksi di Rome 2 Mei lalu.  

Liverpool tewas 4-2 pada aksi separuh akhir kedua, namun tetap berjaya mara ke final menerusi agregat 7-6.

Hukuman ke atas Roma itu selepas mereka dikenakan denda £43,632 (RM232,800) kerana kekecohan dicetuskan peminat pada aksi pertama 24 April lalu.

Dalam kekecohan itu, seorang penyokong Liverpool mengalami kecederaan serius di kepala selepas terbabit dengan pergaduhan di luar stadium sebelum bermulanya perlawanan.

Dua lelaki didakwa kerana berkelakuan ganas dan terbabit dengan insiden itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here