Pantau kemasukan anjing liar dari Kalimantan

0
15



Putrajaya: Kementerian Kesihatan menyerahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) untuk memantau pergerakan dan kemasukan anjing liar dari Kalimantan, Indonesia ke sempadan negara menerusi Serian, Sarawak bagi mengekang jangkitan penyakit anjing gila atau rabies.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, pihaknya akui jangkitan rabies di negara ini terutama di daerah Serian berkemungkinan datang dari Kalimantan.

Beliau berkata, pihaknya menyerahkan sepenuhnya kepada DVS untuk memantau perkara itu, malah pihaknya hanya menumpukan kepada aktiviti pengesanan secara aktif (ACD) yang sudah dilaksanakan di 19 kampung membabitkan 2,098 pintu rumah di Serian.

“Kami dapati berlaku jangkitan serius di Kalimantan, malah kawasan itu pernah berhadapan dengan jangkitan sama sebelum ini,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Katanya, pihaknya dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak serta DVS negeri akan memastikan jangkitan virus rabies dalam kalangan manusia dapat dikawal selain mengelak penularan berlaku.

Dr Subramaniam berkata, dua kematian direkodkan Selasa lalu akibat jangkitan virus rabies setakat ini membabitkan dua kanak-kanak yang juga adik-beradik dari Kampung Paon, Sungai Rimu, Serian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here