Paras air sungai Seine meningkat, Paris diancam banjir

0
17
Advertisement

PIHAK berkuasa di Paris menutup beberapa terowong, taman-taman dan tingkat bawah Museum Louvre apabila paras air di sungai Seine meningkat selain mendatangkan ancaman banjir kepada bandar itu.

Hujan lebat sebelum ini turut memaksa penduduk di sekitar kawasan tersebut berpindah ke kawasan lain.

Ini kerana kebanyakan air sungai di Perancis mula melimpah.

Sebelum ini, paras air di sungai Seine mencapai 5.53 meter pada Khamis di jambatan Austerlitz di timur Paris.

Bagaimanapun paras air sungai ini dijangka akan terus meningkat kepada enam meter pada hujung minggu ini.

Pihak meteorologi di sana melaporkan Paris dilanda hujan lebat yang luar biasa, dua kali ganda dari biasa.

Tingkat bawah Louvre dijangka akan ditutup kepada orang ramai sehingga Ahad.

Pihak muzium setakat ini belum mempunyai sebarang perancangan memindahkan karya-karya seni yang terdapat di sana seperti yang dilakukan ketika banjir yang berlaku pada 2016.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here