Paras rintangan ringgit dijangka pada RM3.82

0
232
Advertisement

kuala Lumpur: Tahap rintangan ringgit dijangka pada RM3.82 berbanding Dolar Amerika Syarikat susulan kekukuhan asas ekonomi negara, kata Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Othman Aziz.

“Ringgit masih bergantung kepada keadaan luaran yang tidak menentu. Namun jika berdasarkan asas ekonomi, ia mempunyai paras rintangan RM3.82.

“Pagi ini ia berada pada RM3.92 berbanding dollar dan sejak beberapa bulan nilai ringgit adalah stabil.” Katanya selepas majlis menandatangani perjanjian antara SME Bank dan Kesatuan Sekerja Komersil Kebangsaan (NUCW) di sini hari ini.

Menurutnya, kedudukan harga minyak mentah turut mempengaruhi pergerakan nilai ringgit.

Dalam perkembangan berasingan, Ketua Pegawai Operasi SME Bank Datuk Razman Mohd Noor berkata SME Bank tidak mengubah kedudukan Kadar Asas Pembiayaan (BFR) bagi semua pembiayaannya.

“Kami tidak mengubah dan kami menyerap kesemua kos.” Katanya ketika mengulas berkaitan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang diumum oleh Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini.

SME Bank mempunyai kadar BFR sekitar 4 ke 8 peratus bergantung kepada produk pembiayaan yang disediakan.

BNM pada awal Februari menaikan OPR sebanyak 0.25 mata kepada 3.25 kali pertama dalam tempoh lebih tiga tahun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here