Paris Hilton, Chris Zylka bertunang

0
22
Advertisement

SELEBRITI dan sosialit, Paris Hilton bertunang dengan teman lelakinya, Chris Zylka.

Hilton mengumumkan pertunangannya dengan memuat naik foto di laman Twitternya pada Selasa.

“Saya berkata ya! Sangat gembira dan teruja kerana bertunang dengan cinta hatiku. Kawan baik dan teman sejiwa saya. Dia paling sempurna untuk saya. Sangat berdedikasi, setia, penyayang dan baik hati. Saya rasa seperti gadis yang paling bertuah di dunia ini. Impian saya menjadi kenyataan!”

Menurut People Magazine, pertunangan itu berlaku di puncak gunung Colorado, Amerika Syarikat semasa pasangan itu sedang bercuti.

Dalam foto yang lain yang turut dimuat naik bekas bintang realiti itu, Hilton menunjukkan cincin berlian yang nilainya hampir mencecah AS$2 juta sambil mengucup tunangnya.

Hilton, 36, dan Zylka, 32, dilaporkan bertemu di majlis Oscars beberapa tahun lalu.

Zylka terkenal dengan siri televisyen ‘The Leftovers’.

Sebelum ini, pelakon itu pernah bertunang dengan model Hanna Beth Merjos tetapi mereka berpisah pada awal 2015.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here