Parlimen Jerman lulus pengharaman burqa

0
53


JERMAN meluluskan larangan pemakaian burqa. – Foto au.news.yahoo.com

BERLIN: Ahli perundangan Jerman meluluskan larangan pemakaian burqa bertujuan menghalang serangan ekstremis.

Undang-undang baharu itu susulan serangan militan, termasuk rempuhan trak di pasar Krismas di Berlin, yang meragut 12 nyawa.

Undang-undang itu bagaimanapun tidak merangkumi pengharaman keseluruhan di tempat awam seperti dituntut pihak berhaluan kanan.

Larangan cuma tertakluk kepada kakitangan awam, termasuk pegawai pilihan raya, tentera dan kakitangan badan kehakiman, ketika melakukan tugas masing-masing.

“Kerajaan bertanggungjawab meletakkan diri sebagai pihak berkecuali dari segi ideologi dan agama,” menurut teks perundangan yang diluluskan Dewan Rakyat.

Sejak 2015, Jerman menerima lebih sejuta pendatang dan pelarian, kebanyakannya dari negara Islam.

Ia mencetuskan kecaman dan meningkatkan populariti parti berhaluan kanan, Alternatif for Germany, yang cuba mengaitkan kebanjiran itu dengan peningkatan ancaman keganasan. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here