PAS Sambut Baik Cadangan Sumpah ‘Baiah’ UMNO

0
226
Advertisement

Pas Kelantan menyambut baik cadangan seorang perwakilan supaya Umno turut mengamalkan pendekatan sumpah bai’ah seperti Pas bagi mengelak perbuatan khianat dan sabotaj ketika menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.

Pengarah Jentera Pilihan Raya Pas negeri, Wan Nik Wan Yusoff berkata, cadangan Umno itu membuktikan amalan yang dilakukan Pas selama ini adalah betul sehingga terdapat cadangan menirunya.
PAS
“Jika Umno juga tiru amalan itu, Pas sambut baiklah. Ia bukti kukuh pendekatan dibawa Pas selama ini di landasan betul. Jika tidak betul perwakilan Umno tidak akan membuat cadangan itu sehingga disambut setuju oleh perwakilan-perwakilan lain.

“Pas menganggap amalan yang dilakukan itu (bai’ah) selama ini benar dan memberi kebaikan kepada perjuangan parti. Kalau Umno hendak tiru baguslah,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau mengulas cadangan Perwakilan Umno Terengganu, Kamarudin Omar kepada pucuk kepimpinan supaya mengadakan sumpah bai’ah di kalangan perwakilan untuk mengelak parti disabotaj oleh ‘pengkhianat’ dalam pilihan raya umum.

Dalam perhimpunan agung Umno itu, beliau dilaporkan menyebut, bai’ah itu juga bagi menyatakan sokongan kepada kepimpinan berhubung pemilihan calon boleh menang dalam pilihan raya itu.

Sumber: Sinar Harian

p/s: buat pilihan anda dalam PRU13 nanti.. pilihlah yang terbaik..

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here