Pasangan dihalau dari penerbangan

0
72


PESAWAT British Airways.

LISBON: British Airways, semalam mengarahkan satu pasangan keluar daripada pesawatnya yang dalam perjalanan dari London ke Jamaica di pangkalan tentera udara di Portugal.

Menurut pegawai tentera, tindakan itu terpaksa diambil selepas pasangan terbabit mencetus pertelingkahan apabila mendesak supaya permintaan mereka untuk dipindahkan ke kelas perniagaan dipenuhi anak kapal.

“Juruterbang mengambil keputusan untuk mendarat di Lajes di Kepulauan Terceira berikutan pertikaian antara anak kapal dan pasangan itu yang mahu mereka dipindahkan daripada kelas ekonomi ke kelas pertama,” kata jurucakap tentera udara kepada AFP.

Katanya, pasangan yang berasal dari Britain itu turut merakamkan pergaduhan itu menerusi telefon bimbit.

“Pasangan itu akan berada Terceira untuk disoal siasat oleh pihak polis,” katanya.

Pesawat Boeing 777 itu berlepas dari London menuju ke Kingston, Jamaica, lewat semalam. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here