Pasukan Kelabu ungguli Futsal Sahur

0
8



Dungun: Puasa bukan menjadi halangan untuk bersukan. Itu yang dibuktikan Pemuda Kampung Sura Jetty, Dungun apabila menganjurkan Kejohanan Futsal Sahur di Gelanggang Pantai, baru-baru ini.

Pada kejohanan itu, pasukan Kelabu menjadi juara apabila memungut mata tertinggi dalam carta liga selepas mengumpul 14 mata mengetepikan enam pasukan lain termasuk pesaing utamanya pasukan Hijau yang mendapat 13 mata.

Pasukan Hitam memperoleh 11 mata untuk berada di tempat ketiga manakala pasukan Biru memperolehi 10 mata sekali gus berada di tempat keempat.

Wakil penganjur Mohd Farid Omar berkata, beliau berpuas hati dengan penyertaan yang diterima dan ia di luar jangkaan kerana sepanjang Ramadan tidak ramai yang aktif bermain futsal.

“Seramai 50 peserta yang berdaftar untuk memeriahkan kejohanan julung kali dianjurkan itu sekali gus membukti Ramadan tidak menjadi penghalang kepada masyarakat untuk beriadah dan bersukan.

“Kejohanan ini sebagai galakan kepada semua peserta supaya tetap aktif bersukan biarpun pada siang hari berpuasa,” katanya.

Kejohanan itu bermula jam 10.30 malam dan berakhir pada jam 4 pagi sebelum semua peserta bersahur selepas majlis penyampaian hadiah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here