Pasukan keselamatan Afghanistan musnah bazar dinamakan sempena pengasas Taliban

0
138
Advertisement

TALUQAN: Pasukan keselamatan Afghanistan mula memusnahkan sebuah bazar yang dinamakan sempena pengasas Taliban, Mullah Mohammad Omar, pada Jumaat sejurus selepas mengusir anggota kumpulan militan itu dari sebuah daerah utama di utara wilayah Takhar.

“Pasukan keselamatan itu telah meratakan Bazar Omari dengan jentolak dan 30 peratus daripada bazar itu telahpun musnah,” kata jurucakap Abdul Khalil Asir kepada agensi berita China Xinhua.

Terdahulu, pasukan keselamatan Afghanistan telah membersihkan beberapa kampung di daerah Darqad daripada militan Taliban.

Abdul Khalil berkata militan Taliban telah menduduki tanah itu secara haram dan membina sebuah bazar untuk memperkukuh cengkaman mereka di kawasan tersebut.

Ramai anggota militan Taliban telah terbunuh dan cedera dalam beberapa siri operasi di daerah Darqad, kira-kira 100 kilometer di utara bandar Taluqan, yang juga ibu kota wilayah itu.

Militan Taliban belum mengulas laporan itu.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here